Thursday 3 May 2012

Soalan Untuk Pembaca Blog Ini

1. Jika kamu pergi sebuah kedai untuk membeli hadiah kepada kawan kamu sempena Hari Lahir kawan kamu. Hadiah apa yang kamu akan bagi kepada kawan kamu? Mengapa?

A. Baju Kurung / Baju Melayu
B. Sebuah Buku 
C. Jam Tangan
D.Kamera

2. Kamu dan rakan-rakan kamu merancang untuk melancong. Kamu diminta oleh kawan kamu untuk buat keputusan. Manakah kamu pilih? Mengapa?

A. Kota Kinabalu, Sabah
B. Kota Bharu, Kelantan
C. Ipoh, Perak
D. Kuantan, Pahang

3. Siapakah nama kawan baik kamu? Mengapa?


Sekian terima kasih.

9 comments:

  1. 1. Buku sebab murah
    2. Kota Bharu, Kelantan sebab boleh pergi tengok bola Jumaat ni lawan Lions XII
    3. Jobi, sebab dia baik

    ReplyDelete
  2. Auntie jawab ye sayang:-

    1. Buku sebab auntie memang suka buku yg lainnya dah banyak buku sentiasa malar segar dan boleh dibaca sampai auntie mati pun.
    2. Kota Bharu - sebab auntie suka di sana bangs auntie yg banyak maju berbanding neeri auntie yg konon maju tapi yg maju bukan bangsa auntie.
    3. Kawan baik auntie mestilah uncle (suami auntie) dia yg banyak dengar segala susah/senang auntie sekarang nie...

    ReplyDelete
  3. salam kenal..

    1.Buku - sebab suka membaca & boleh simpan lama & tak kan rosak..
    2.Kota kinabalu-sebab melancong ke sabah memang best
    3.My hubby - sebab susah senang bersama suami

    ReplyDelete
  4. Jawapannya ialah:

    1.Buku, sebab mungkin pengisian buku tersebut belum 'dimiliki' olehnya berbanding pakaian, jam dan kamera.
    2.Kota Bharu, sebab kali terakhir kesana semasa zaman persekolahan. Boleh beli banyak baju sutera dan tudung... :-)
    3.Kawan baik... ayah cikgu, sebab dia memang baik...

    ReplyDelete
  5. 1. Buku kerana buku dapat dimanfaatkan kepada beberapa generasi sedangkan jangka hayat baju kurung/baju melayu, jam tangan dan kamera tidaklah seutuh buku itupun kalau buku tersebut tidak dibaca oleh anai-anai.
    2. Kota Bharu dan Ipoh kerana sekarang ini Tahun Melawat Kelantan 2012 dan Tahun Melawat Perak 2012.
    3. Zamzuri Jaafar, Kg Kemayang Tawang - senior saya semasa di ITM. Walaupun Abg Zack telah meninggal dunia, saya abadikan gambarnya di screen komputer saya kerana dialah guru komputer saya yang pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembetulan : Zamzuri Jaafar masih hidup. Pukul 03.10 ptg tadi dia telefon saya. Beberapa tahun lalu, kenalan sy di Kelantan memberitahu Abg Zack telah meninggal dunia. Skrg Abg Zack seorang OKU. Dia berulang - alik ke Hospital Kubang Kerian dan beberapa klinik yg lain. Kenalan yg selama ini sy anggap telah meninggal dunia rupa2nya masih hidup. Hrp2 sy berkesempatan mengunjunginya Aidil Fitri ini.

      Delete
    2. Saya tidak ke Kelantan Hari Raya Ini.

      Delete
  6. Ini Mak Chik Ani jawab yer.

    Mestilah mak chik akan beri buku sebab berdamping dengan buku kita ibarat berdamping dengan orang-orang berilmu.

    Rasanya nak ke Kota Baharu sebab banyak benda yang boleh didapati di Kota Bharu disamping ianya dekat dengan kampong Mak Chik sendiri iaitu di Terengganu.

    Kawan baik Mak Chik, rasanya Pak Chik suami Mak Chiklah sebab susah senang, sakit deman dialah tempat mengadu dan kami tempoh bersama.

    ReplyDelete
  7. jam tangan kot.. sbb laki suka pakai jam tangan.. siap buat collection lg.

    slalu kami jalan2 area kota bharu r.. setiap kali balik bcuti..

    kawan kita nama hakim jazli. dia slalu ada tika susah dan senang!!

    ReplyDelete