Monday 28 May 2012

Budak-Budak

  Tahukah anda budak-budak mudah kecil hati, ada yang tidak. Jika anda marah atau menkecilkan hati mereka, mereka akan menjadi lebih  nakal dan mahu memburukkan nama baik anda serta tidak mahu dengar nasiahat orang lain. Ada budak macam ini, ada yang tidak!

   Zaman budak-budak dahulu dan sekarang tak sama! Apabila mereka marah atau kecil hati mereka akan menangis atau teriak atau sepah barang atau pecahkan barang atau memperburukkan nama baik anda . Tapi ada budak mahu mati daripada dikecilkan hati oleh orang disekelilingnya!

  Jika anda tidak mahu anak anda begini janganlah marah atau mendera anak anda! Anda juga kena menurut kemahuan mereka, ambil berat, tidak mendera dan memberikan kasih sayang yang cukup kepada mereka! Saya pun budak, mestilah semua di atas ini pun saya rasakan! Ingat jangan buta anak anda kecil hati!

3 comments:

  1. Auntie ada tiga anak perempuan semuanya. Anak perempuan mudah berkecil-hati itu auntie tahu sebab itu auntie selalu pesan kalau tak mahu ada rasa kecil hati akibat dimarahi buat yg terbaik. Ikut nasihat mama/papa. Semua mama/papa sayang anak-anak mereka...

    ReplyDelete
  2. Anak2 mmg selalu kecil hati sbb hati mereka masih kecil kerana mereka masih kecil. Kalau anak2 sepah2 barang dan pecah2kan kerana mereka kecil hati, ayohnik akan jadi sakit hati dan sebat mereka. Tapi mereka tak pernah buat macam tu walaupun hati mereka kecil sebab hati ayohnik lagi besar.

    ReplyDelete
  3. Auntie dan AyohNik, mungkin anak-anak anda tidak mahu anda susah hati kot! Tapi ia tidak bermakna mereka tak pernah kecil hati! Mungkin anak anda simpan dalam hati kot! Mereka tidak akan meluahkannya sesuka hati je! Mungkin mereka akan catatkannya dalam dairi atau meluahkannya kepada sesiapa je mereka mahu atau terpendam dalam hati.

    ReplyDelete