Sunday 27 May 2012

Kelasku Dan Rakan Sekelasku

Kelasku,
Walaupun bising dengan suara rakan sekelasku,
Namun kami tetap gembira dan ceria,
Apabila cikgu lalu kami pun diam seribu bahasa,
Apabila cikgu sudah beredar,
Kami pun membuat bising semula,
Walau ditegur dan dinasihat,
Namun kami tak layan sedikit pun,
Kami juga nakal dan degil.

Rakan sekelasku,
Selalu bergaduh atau bertengkar,
Ada yang membuli dan berlagak,
Bermain dan melanggar orang dengan sengaja,
Ada yang marah,
Ada yang tersenyum,
Ada juga yang menangis,
Namun kami juga terhibur perangai yang lain,
Kami juga ketawa dengan perangai yang lain.

Kelasku dan rakan sekelasku,
Kamu menghiburkan kami,
Selalu menolong dan membantu yang lain,
Mengajar dan tunjuk ajar dalam mata pelajaran,
Saya berharap kami selalu bergembira,
Apabila kelas kotor kami bersihkan dengan betul,
Yang perempuan lebih baik keputusan periksa dari lelaki,
Yang lelaki kadang-kadang mendapat keputusan yang baik,
Namun impian kami sama iaitu ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

2 comments: