Saturday 7 September 2013

Pasar Pagi

 Assalammualaikum. Ila nak cerita sedikit kejadian di pasar pagi semasa Ila pergi dengan mak dan ayah Ila. Sebenarnya Ila ikut mak dan ayah Ila pergi pasar pagi sebab nak beli dompet baru.
Hal ini kerana, selepas UPSR Ila akan pergi lawatan dan Ila mempunyai dompet yang cantik isi dalamnya. Tetapi gambar kat luar dompet itu Angry Bird dan Ila rasa itu agak kebudak-budakan. Banyak pula Ila tulis ini. Okey, Ila akan ceritakan kejadian tersebut.

  Semasa berjalan, Ila terserempak dengan rakan sekelas Ila di pasar pagi. Secara tak sengaja, Ila terpanggil namanya. Faris terdengar dan menoleh kearah Ila. Lepas itu, Ila teruskan berjalan. Ila melihat dompet dan rambang mata untuk memilih. Ayah Ila menyarankan Ila beli beg untuk memudahkan Ila untuk meletakkan buku nota dan membawa semasa lawatan. 

  Seterusnya, Ila terjumpa dengan guru kelas Ila, Cikgu Wan Rosmaliza atau Cikgu Wan serta anaknya, Farah merupakan rakan sekelas Ila. Ila bersalam dengan Cikgu Wan. Cikgu Wan mengajar Ila dan rakan-rakan sekelas Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Cikgu Wan ada berkata sesuatu. Kebetulan tempat Ila nak tengok beg itu berhampiran tempat Cikgu Wan dan Farah berada. Mereka berdua sedang memilih tudung.

  Ila bersama mak dan ayah Ila berjalan. Kami terjumpa satu kedai. Ila memilih beg untuk dibeli. Selesai membeli beg, mak Ila pergi membeli nasi bungkus dan laksa untuk adik-adik Ila serta nenek Ila. Ila dan ayah Ila pergi melihat pokok-pokok bunga, buah dan lain-lain lagi yang dipamerkan. Sekian lamanya, Ila dan ayah Ila pergi mencari mak Ila. Tiba-tiba, Ila ternampak rakan sekelas Ila, Mujahid dari jauh. Ila rasa mungkin Mujahid nampak Ila sebab Ila ada nampak dia berpaling ke arah Ila. 

  Lepas selesai membeli dipasar,  Ila bersama mak dan ayah Ila pergi ke tempat lain. Akhirnya, kami bertiga pulang ke rumah. Ila sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang. Sampai sini sajalah Ila tulis. Assalammualaikum.

Sunday 11 August 2013

Selamat Hari Raya

  Assalammualaikum, semua. Ila ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada pembaca blog Ila ni. Ila ingin meminta maaf jika ada salah dan silap Ila. Maaf kerana lambat sikit nak tulis. Lepas ni Ila kurang sikit lah tulis sebab 4 minggu lagi Ila akan menduduki UPSR. Doakan Ila dapat 5A ye.


Cik Siti membuat air sirap,
 Di hidangkan kepada tetamunya,
Jika ada salah dan silap,
  Ila minta maaf kat semua.

Pergi melancong ke Miri,
 Pergi bersama-sama teman-teman,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
 Maaf Zahir Dan Batin.

Thursday 25 July 2013

Tanya- Tanya

    Assalamualaikum, semua. Sihat tak? Ila sihat je sini. Korang dah buat persiapan raya tak?  Tema raya korang warna apa? Ila  tak tahulah  nak tulis apa ni? Jangan marah ye. Selamat manjalani ibadah puasa ye semua. 



          ILA... 

Wednesday 17 July 2013

Perperiksaan...

Ila sangat gembia kerana keputusan periksa Ila cemerlang. Ila tidak menyangka bahawa Ila mendapat keputusan cemerlang ini. Ila berharap nanti UPSR, Ila akan mendapat 5A. Baru tiga kali Ila periksa. Nak tahu tak keputusan Ila? Siapa yag nak tahu kenalah komen setelah tengok keputusan Ila ye. Janji? Ini bulan puasa jadi tak baik tipu.






UBB 1 : 3A 2B
UBB 2 : 4A 1B
UBB 3 : 5A


  Sekarang kalian dah tahu keputusan periksa Ila kan? Jadi jangan lupa nak komen. Bye semua. :p :p :p (Maaf ye jika anda baca ini agak membosankan)







Selamat Berpuasa

SELAMAT        
    BERPUASA
              SEMUA.. 

Wednesday 29 May 2013

Penerang Hati ~ Sixth Sense Feat Saujana




Mencintamu tenangkan jiwaku,
Merindumu hatiku selalu,
Hanya dirimu satu
cintaku... oohh...

Takkan mampuku jauh darimu,
Satu nafasku harap kau ada,
Hanya padamu Tuhan,
Ku rayu... ohh... ohh...

Ku akan mencintamu,
Selalu merindumu,
Seluruh jiwaku,
Kau terangi aku... ohh... ohh...

Engkau penjaga hatiku,
Pendamping jiwaku,
Cerahkan cintaku,
Cinta yang abadi... ohh... ohh...

Ehh!!!
Jangan pernah,
Kau menjauh...
ohh... ohh...

Kau akan mencintamu,
Selalu merindumu,
Seluruh jiwaku,
Kau terangi aku... ohh... ohh...

Engkau penjaga hatiku,
Pendamping jiwaku,
Cerahkan cintaku,
Cinta yang abadi

Ku akan mencintamu,
Selalu merindumu,
Seluruh jiwaku,
Kau terangi aku

Engkau penjaga hatiku,
Pendamping jiwaku,
Cerahkan cintaku,
Cinta yang abadi... ohh... ohh...


Tuesday 14 May 2013

Selamat Hari Guru

Guru,
Kau ibaratkan lilin,
Sanggup membakar dirimu,
Menerangi malam yang gelap,
Menyinari malam untuk kami.

 Guru,
Kau sanggup berkorban untuk kami,
Mengajar kami dengan sabar,
Menahan dirimu daripada memarahi kami,
Menegur atas kesilapan dan kesalahan kami.

Guru,
Kau menggunakan masamu untuk mendidik kami,
Hanya kejayaan kami dipinta,
Tidak mengharapkan sebarag balasan,
Mulianya hatimu.

Guru,
Maafkan atas kenakalan,kesilapan dan kesalahan kami,
Halalkan segala ilmu yang diberikan,
Selamat Hari Guru,
Kami sayang cikgu...

Salsabila.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


When I see into my bag
I have RM1
That's all?
When I open my bag
I have 50 sen
So sad!
Then I peep my heart
Wow! I am so rich
Why?
Because I have you as my teacher
Happy Teacher's Day
Thanks for teaching us

Nabilatul........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


Asam pauh rasanya masam,
 Ditumbuk mesra sambl belacan
Jika ada salah faham
 Tolong maafkan Segala kesalahan.

Tanam ubi ada tebuan
 Tanam pula di tepi perigi
Selamat Hari Guru kami ucapan
 Terima kasih ilmu yang diberi

Syahanis.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Manakah yang paling menarik? Salsabila atau Nabilatul ataupun Syahanis? Saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. Jangan lupa komen.

Saturday 13 April 2013

UPKK

  Sudah lama tak cara blog. Malas nak buka. Ila pun dah tahun enam. Sibuk juga dengan kelas serambi. Kelas serambi bermaksud kelas tambahan bagi yang tak tahu maksudnya. Ila harap semua  orang memahami Ila. Ila ini pun tak tahu nak tulis apa jangan marah jika ayat Ila tulis agak bosan. Sorry.
  Ila dapat 8A dalam UPKK. Ila sendiri tak percaya yang Ila lulus. Semua A tak ada yang b punya. Sebenarnya kawan Ila yang beritahu Ila. Ila dah pindah pindah sekolah dah. Ayah Ila jumpa ustazah dan ustazah mengucap tahniah untuk kejayaan Ila. Ila amat gembira. Kawan Ila beritahu seramai 32 orang yang dapat 8A. Ila dapat nombor 15 atau 16 atau nombor berapaye. Ila dah tak ingat, ynag Ila ingat Ila dapat nombor 15-19 lah. Kalau Ila dah tulis dah kisah yang ni Ila minta maaf ye. Sorry.
  Okeylah sampai sini saja Ila nak tulis. Hari pun dah malam, Ila pun nak tidur ni. Bye ye. Jangan lupa komen ye. Kalau tak nak komen pun tak pe.

Smash - Senyum Semangat

Thursday 7 February 2013

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina kepada Teacher Lim Li Hiang dan Sir Kuik Kim Hai yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil.