Saturday 22 December 2012

Detective Conan Movie 6 - Phantom of Baker Street

Phantom of Baker Street Tailer ( Case Closed Movie 6 )



Detective Conan Movie 6 - Phantom of Baker Street



  Cerita ini dalam bahasa inggeris. Best cerita ini dan saya menontonnya dua kali dalam youtube sebelum masukkan ke dalam saya ni. Dalam cerita ini mengisahkan Conan dan yang lain terperangkap di dalam permainan. Malas saya nak jelaskan tapi boleh tengok 'tailer' kalau tahu bagaiman ceritanya. Dalam cerita ini juga nama asal watak di tukar, saya akan beritahu. Maaf jika ada yang salah nama watak yang tak ada televisyen kerana nama itu ditukar ke bahasa inggeris dan ada yang saya tahu nama yang ditukaran ke dalam inggeris serta jika saya terlepas tolong beritahu melalui komet anda.

Nama watak jepun ke inggeris yang saya tahu dalam cerita ini :

- Ran       = Rachel
- Genta    = George
- Sinichi   = Jimmy



Sunday 9 December 2012

SUPER SEVEN

                                                              AJIL

BAGAS

BIDI

BRYANT

JOSE

KAREL

RAZA

SUPER SEVEN






                                                           

Thursday 6 December 2012

Saturday 1 December 2012

Bola Sepak Paling Teruk

Maaf jika ini menyakitan hati anda.


 Setiap ada rancangan bola sepak mesti hati saya rasa menyampah. Kalau saya nak tengok tu mesti tak boleh sebab ada bola sepak. Contohnya hari ini, saya nak tengok cerita Idola Kecil 5 tapi tak dapat. Saya sempat tengok penyinkiran sahaja. Sewaktu itu saya dengar ayahku berkata " Nak tengok bola pun tak boleh." Eleh dah selama ini saya kata macam tu juga. Saya benci bola sepak seumur hidup saya.

Tolong Jawab Jujur

NOTIS : Peminat Bola Sepak Tidak Di Wajibkan Jawab :)

1. Sukan apa yang anda  benci?
    A- Bola Sepak
    B- Badminton
    C- Selain Dari Di Atas
2. Kanak-kanak sesuai tengok cerita apa?
    A- Idola Kecil  (Malaysia)
    B- Inazuma Elevan  (Jepun)
    C- Princess Hours  (Korea)
3. Rancangan apa paling menyampah?
    A- Bola Sepak
    B- Idola Kecil
    C- Spongebob Squarepants



Tuesday 20 November 2012

UPSR















  Keputusan UPSR dah pun keluar. Ada yang sedih, ada yang gembira, ada juga yang kecewa dengan keputusan mereka. Sesiapa dapat 5A, 4A 1B dan 3A 2B tahniah. Kalau dapat C dalam keputusan UPSR, saya tak tahu nak cakap apa. Saya nak tanya,ada sesiapa dah dapat keputusan UPSR?

  Sepupu saya Tahun 6 dah dapat keputusan UPSR dan keputusan mereka agak cemerlang. Nurul Huda      ( Huda ) telah dapat 5A, Nur Syafiqah ( Abby ) 3A 2B dan Muhammad Syamil ( Syamil ) pula dapat 5A. I hope they can find a nice high school for next year. Next year I will be 12 years old.

Sunday 11 November 2012

Saturday 3 November 2012

Wednesday 24 October 2012

ADAMU


Ooooo.......
Ooooo.......

Merenung ke luar jendela,
 Melihat kebesarannya,
Mensyukuri segala nikmat,
 Yang dikurniakan didunia.

Kau berikan ku kekuatan,
 Tuk berpegang pada jalan,
Walau penuh dengan cabaran,
 Ku tahu ku adamu, Tuhan.

Karna kau yang satu,
 Yang setia bersamaku,
Dikala ku jatuh,
 Ku bangkit karna Mu.

Ku tahu ku ada Mu,
 Disisi ku selalu,
Bantulah hambamu,
 Mencari keredhaan Mu.

Ooooo...... Ku tahu ku ada Mu,
Ooooo.......Ku ada Mu selalu.

Karna kau yang satu,
 Yang setia bersamaku,
Dikala ku jatuh,
 Ku bangkit karna Mu.

Ku tahu ku ada Mu,
 Disisi ku selalu,
Bantulah hamba Mu,
 Mencari keredhaan Mu.

Oooooo......
Ku tahu ku ada Mu.

Merenung ke luar jendela,
 Melihat kebesarannya,

Walau penuh dengan cabaran,
 Ku tahu ku ada Mu,
Tuhan :)



Tuesday 23 October 2012

Periksaan Sudah Berakhir

   Pada hari Ahad-Khamis yang lepas saya menjawab periksa akhir tahun. Susah juga periksa. Belum dapat nombor lagi. Minggu depan kena hantar buku teks. Tahun depan saya masuk darjah 6. Tahun depan kena jawab UPSR.

Wednesday 12 September 2012

UPKK

  Nanti hari Isnin nanti saya ada peperiksaan pencubaab UPKK. Peperiksaan pencubaan UPKK berlansung selama 4 hari dan saya kena balik pukul 5:30 petang. Saya lemah dalam Sirah dan Bahasa Arab. Apa yang saya patut buat?

Sunday 9 September 2012

Song


Semoga Berjaya Tahun 6

    11 ~ 13  September 2012 ialah tarikh bagi UPSR. Saya harap bilagan orang mendapat 5A terus meningkat. Guru -guru sudah memberi tip, motivasi, kelas tambahan, tunjuk ajar dan sebagainya untuk tahun 6. Semoga berjaya memperolehi 5A tahun 6.




Tuesday 24 July 2012

Soalan Lagi






 Sila jawab dengan sejujurnya. Tolong beri sebab kenapa anda jawab.  

1. Adakah anda meminati lagu luar dari Malaysia?
 
  A. Ya                           B. Tidak

2. Adakah anda suka tengok cerita luar negara?

  A.Ya                            B. Tidak


Monday 2 July 2012

Rimaslah

  Tahun ni saya ada banyak kerja sekolah. Leceh betullah. Kalau cikgu nak ber kerja sekolah okey tapi janganlah banyak sangat. Menyusahkan saya dan rakan sekelasku. Kesianlah kepaa kami cikgu.

  Cikgu tahu tak ada yang tak cukup tidur atau tak ada masa untuk berehat. Ibu bapa asyik berbebel sepanjang hari. Rimas betul. Kan bagus boleh buat apa-apa saja dengan bebas. Tiada lagi kerja sekolah, kerja rumah, bebelan, ceramah, kerja yang berat atau benda yang tidak disukai.

   Kami mahu bebas untuk melakukan apa saja. Tapi semuanya tak akan terjadi dan boleh berangan atau berimaginasi saja. Kena sabar je tapi sampai bila? Rimas nak fikirkannya. Dunia ini penuh dengan rimas. Cukup je la saya cakapkan sebab rimas saya nak fikirkannya.


Tambah kapsyen

Ketua Kelas Bergaduh Dengan Pengawas Perpustakaan

  Tadi di dalam kelasku ketua kelasku, Hasif telah bergaduh dengan salah seorang pengawas perputakaan iaitu Irfan. Saya tidak tahu mengapa mereka bergaduh. Saya ada tanya rakan sekelasku Najwan tetapi Najwan tak tahu. Rimas tengok mereka bergaduh.

 Mereka bergaduh dekat tempat duduk saya. Saya duduk di belakang sekali dalam kelas bersama rakanku, Rasyidah dan Hasanah. Saya juga tengok Irfan tolak Hasif dan Hasif jatuh. Saya lihat Hasif macam nak menangis. Kesian Hasif jatuh sampai lantai. Saya haraf esok mereka berbaik semula.





Saturday 30 June 2012

Tuesday 26 June 2012

43 - 1 43 + 1

Maksud di atas ialah 43 - 1 = 42 - 1 = 43.  Rakan ku Nik Nur Nawal Azalea telah pindah ke sekolah di Kuala Lumpur. Semua orang murid perempuan dalam kelasku sedih. Seorang murid perempuan telah pindah ke sekolahku. murid itu bernama Tengku Anis. Dia telah mengantikan Nawal dengan semua orang lebih - lebih lagi Nurul Husnina.

Resipi Roti Telur

Bahan - bahannya :

Telur
Roti
Planta
Susu pekat manis

Cara menyediakan :

- Pecahkan telur dan masukkan telur ke dalam mangkuk.

- Kemudian masukkan sedikit susu pekat manis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

- Masukkan sedikit planta ke dalam kuali.

-  Apabila kuali panas, celupkan roti dalam mangkuk dan masukkan roti ke dalam kuali.

-  Goreng roti itu sehingg garing.

- Roti telah siap dan siap di hidang.



Sunday 10 June 2012

Rehat Sekejap

Ultraman lupa skill
Sejarah asal usul kemunculan Ultraman

Thursday 7 June 2012

Negeri Yang Saya Lawati Semasa Cuti Sekolah

1 Jun 2012 - 7 Jun 2012

1. Kelantan
2. Pahang
3. Kuala Lumpur
4. Negeri Sembilan
5. Melaka                                            

Tuesday 29 May 2012

Happy Birthday To Me

  Yeah!!!!! Tomorrow is my birthday. I will eleven tomorrow. My birthday is 30 Mei. I so happy. I always remenber my family birthday.

Ramli : 18 March
Rohaya : 26 Jun
Me : 30 Mei
Nur Syahidah Afifah : 27 January
Ahmad Talhah : 19 Oktober




Monday 28 May 2012

Budak-Budak

  Tahukah anda budak-budak mudah kecil hati, ada yang tidak. Jika anda marah atau menkecilkan hati mereka, mereka akan menjadi lebih  nakal dan mahu memburukkan nama baik anda serta tidak mahu dengar nasiahat orang lain. Ada budak macam ini, ada yang tidak!

   Zaman budak-budak dahulu dan sekarang tak sama! Apabila mereka marah atau kecil hati mereka akan menangis atau teriak atau sepah barang atau pecahkan barang atau memperburukkan nama baik anda . Tapi ada budak mahu mati daripada dikecilkan hati oleh orang disekelilingnya!

  Jika anda tidak mahu anak anda begini janganlah marah atau mendera anak anda! Anda juga kena menurut kemahuan mereka, ambil berat, tidak mendera dan memberikan kasih sayang yang cukup kepada mereka! Saya pun budak, mestilah semua di atas ini pun saya rasakan! Ingat jangan buta anak anda kecil hati!

Gee

Girls` Generation. Saya harap anda terhibur ye. :) :) :)

Sunday 27 May 2012

Soalan Minggu Ini 2

1. Manakah yang lebih penting bagi kamu?
   A. Anak kamu
   B. Bola
   C. Facebook
   D. Diri sendiri
   E. Harta kekayaan
2. Jika kamu menjadi tumbuhan, tumbuhan apa kamu akan pilih?
   A. Pokok epal
   B. Bunga mawar
   C. Pokok kaktus
   D. Bunga matahari
   E. Pokok herba
3. Jika kamu menjadi haiwan, haiwan apakah kamu pilih?
   A. Arnab
   B. Burung
   C. Tikus
   D. Monyet
   E. Ikan

Munkin anda minat dengan soalan yang lain:

Kelasku Dan Rakan Sekelasku

Kelasku,
Walaupun bising dengan suara rakan sekelasku,
Namun kami tetap gembira dan ceria,
Apabila cikgu lalu kami pun diam seribu bahasa,
Apabila cikgu sudah beredar,
Kami pun membuat bising semula,
Walau ditegur dan dinasihat,
Namun kami tak layan sedikit pun,
Kami juga nakal dan degil.

Rakan sekelasku,
Selalu bergaduh atau bertengkar,
Ada yang membuli dan berlagak,
Bermain dan melanggar orang dengan sengaja,
Ada yang marah,
Ada yang tersenyum,
Ada juga yang menangis,
Namun kami juga terhibur perangai yang lain,
Kami juga ketawa dengan perangai yang lain.

Kelasku dan rakan sekelasku,
Kamu menghiburkan kami,
Selalu menolong dan membantu yang lain,
Mengajar dan tunjuk ajar dalam mata pelajaran,
Saya berharap kami selalu bergembira,
Apabila kelas kotor kami bersihkan dengan betul,
Yang perempuan lebih baik keputusan periksa dari lelaki,
Yang lelaki kadang-kadang mendapat keputusan yang baik,
Namun impian kami sama iaitu ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

Saturday 19 May 2012

Lagu Untuk Mehiburkan Anda

Aal  Izz  Well

Zoobi  Doobi
Harap anda terhibur mendengar lagu ini.

Thursday 17 May 2012

Blog

 Adik-adik saya ada blog. Kawan saya pun. Saya nak bagi alamatnya. Jika awak baca blog ini tolong berikan alamat blog awak kerana nanti saya akan melawat blog awak.

Adik:
hadihasyrun.blogspot.com (Nur Syahidah Afifah / adik pertama saya)
talhahramli.blogspot.com (Ahmad Talhah / adik bongsu saya)

Kawan:
shierucandy.blogspot.com (Nik Nur Nawal Azalea / kawan sekelas saya)

Wednesday 16 May 2012

Pesanan
















  Saya telah meminjam sebuah buku novel bertajuk "Dania vs Erina" seperti gambar di atas ini. Pada muka surat yang akhir saya terbaca satu pesanan seorang kawan Nabi Muhammad kepada anaknya. Ia bermula begini.


Pesanan

Pesanan al-Qamah [ seorang sahabat Rasulullah SAW] kepada anaknya, " Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut,"

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan [ menyebutnya].

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengatahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberikan, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan  sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Tuesday 15 May 2012

la Coda d`oro primo passo & la Corda d`oro secondo passo

  Anda yang ada astro di rumah pasti banyak siaran. Dulu saya ada, sekarang saya tak ada astro. Anda pernah melihat la Corda d`oro primo passo. Cerita ini ada disiarkan astro 715, animax.
  Sekarang musim baru dah dan sekarang musim ke dua iaitu la Corda d`oro  secondo passo. Saya tak pernah tengok musim yang kedua. Macam mana saya tahu walaupun tak pernah tengok? Dari youtube lah.




Monday 14 May 2012

Soalan Minggu Ini

1. Siapakah sepupu yang paling rapat dengan anda?
 2. Jika kamu sakit hati, apa yang kamu akan buat?
 3. Apakah makanan kegemaran kamu?
 4. Apakah minuman kegemaran kamu?

Mungkin anda minat dengan soalan lain:

Friday 11 May 2012

Ameba Pico World


















  Sekarang ramai budak buat Facebook. Permainan paling terkenal dalam Face book ialah Ameba Pico World. Gambar di atas adalah games Ameba Pico World.

Sajak Untuk Guru

Guru,
Mengorbankan masa untuk kami,
Tak kira masa dan waktu,
Menhabiskan duit untuk sekolah.

Guru,
Bersabar dengan karenah anak muridmu,
Menegur dan menasihatkan kesilapan kami,
Memastikan kami ceria dan seronok di sekolah.                      

Guru,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Maafkan kami jika kami salah denganmu,
Selamat Hari Guru, cikgu.

Sajak Untuk Ibu

Ibu,
Engkau menjaga kami dengan kasih sayang,
Rela berkorban untuk kami,
Tak kira masa engkau menjaga kami.              

Ibu,
Bersabar dengan perangai kami,
Mehiburkan kami bila kami sedih dan duka,
Menjaga makan minum kami dengan betul.

Ibu,
Maafkan kami jika kami salah,
Engkau ratu hatiku untuk selamanya,
Terima kasih ibu,                                                                              
Selamat Hari Ibu.

What Makes You Beautiful

One Direction song.

Mungkin anda minat lagu di bawah ini:

Thursday 10 May 2012

Kara Kya Maoh

  Cerita gegemaran saya dan ayah saya (cikli).


Happy Pyjama Party

Super Junior and Kara in this video.

Mungkin anda minat lagu di bawah ini:

Petang Tadi Bahagian 2 [Kemarin]

  Saya, Aisha dan Nawal berbual-bual. Aisha berasa hendak bermain. Kami keluar dari rumah Aisha dan saya melihat ke arah depan rumah Aisha. Rasyidah tak ada di situ dan juga kawan Najya.
  Kami pergi ke rumah Rasyidah tapi Rasyidah tiada di rumah. Kami pun patah balikke rumah Aisha. Kami melihat Rasyidah dan kawan Najya. Kami berlari ke arah mereka. Semasa berlari menuju ke arah mereka Aisha kata " kami peminat setia Rasyidah".
  Nawal pun ikut sama tapi saya diam sahaja. Kami bermain sepuasnya. Selesai bermain kami pun terus pulang ke rumah masing-masing. Seronok betul kami bermain.

Wednesday 9 May 2012

Petang Tadi Bahagian 1

  Pada waktu petang tadi, lebih kurang pukul 6:04 petang rakanku, Rasyidah memberi salam dan ajak saya pergi ke rumah Aisha. Rasyidah menunggang basikal manakla sya pula jalan kaki. Apabila sampai di sana, saya melihat kawan Najya iaitu Jaja dan Aina. Saya melihat ke rumah Aisha, saya melihat Aisha dan Nawal buat kerja sekolah Kemahiran Hidup.
  Saya memberi salam kepada Aisha dan Nawal. Mereka menjawab salam saya. Kami berbual-bual pasal Hari Guru. Pada hari Rabu nanti kami akan sambut Hari Guru. Saya melihat Rasyidah bermain dengan Najya dan rakan-rakannya.

Nak tahu kesambungannya, tunggulah ye.

Tuesday 8 May 2012

Soalan Untuk Semua

1. Kamu telah pergi sebuah kedai makan. Kamu ingin memesan makanan, makanan apa yang kamu pesan?
 2. Sipakah nama bapa saudara gegemaran kamu?
3. Siapakah nama emak saudara gegemaran kamu?

 Sekian terima kasih. Hendak soalan lagi. Anda boleh pilih di bawah ini:

Monday 7 May 2012

My Friend At The School

I have many friend. My best friend are Rasyidah & Nik Nur Nawal Azalea. My friend name are Roslinda, Husnina, Hasanah, Durratul, Auni, Alyssa and there are more. In my class there are 43 people. There are 17 boys and 26 girls. The boys are Azli, Hafiy, Amir, Afwnudin, Irfan, Zikri, Faris, Hakimi, Najwan, Nazmi, Zul Fakar, Hafizirudin, Mursyid, Syawal, Airie, Hasif & Faisal. There girls are Hanani, Amalia, Aiman Nasuha, Jasmina, Husnina, Maisarah, Najwa, Aleeya, Ummi, Fatin, Roslinda, Durratul, Iylia, Fatrah, Syazera, Syafiqah, Zarifah, Rasyidah & Salsabila(me). What is your friend name? ? You can go to my friend, Nawal blog! It is My Story. Good bye.

Thursday 3 May 2012

Soalan Untuk Pembaca Blog Ini

1. Jika kamu pergi sebuah kedai untuk membeli hadiah kepada kawan kamu sempena Hari Lahir kawan kamu. Hadiah apa yang kamu akan bagi kepada kawan kamu? Mengapa?

A. Baju Kurung / Baju Melayu
B. Sebuah Buku 
C. Jam Tangan
D.Kamera

2. Kamu dan rakan-rakan kamu merancang untuk melancong. Kamu diminta oleh kawan kamu untuk buat keputusan. Manakah kamu pilih? Mengapa?

A. Kota Kinabalu, Sabah
B. Kota Bharu, Kelantan
C. Ipoh, Perak
D. Kuantan, Pahang

3. Siapakah nama kawan baik kamu? Mengapa?


Sekian terima kasih.

Wednesday 2 May 2012

Kejadian Di Sekolah

Saya dan rakanku, Nawal berada di sekolah. Pada masa itu kami baru sahaja selesai kelas kafa. Kami selesai kelas kafa pada pukul 4:00 petang. Kami keluar dari kelas dan mengambil beg kami di koridor. Kami menuju ke tiang yang depan sekali. Kami pun letakkan beg kami di tiang. Saya mengajak rakanku membeli makanan ringan. Kami membeli "double creakar" di luar kawasan sekolah. Semasa kami hendak masuk  ke dalam kawasan sekolah. Saya melihat ke arah sekolah, saya melihat budak sekolahku berjalan ke sini dan ke sana. Tiba-tiba saya nampak pelepah kelapa jatuh. Saya terkejut melihat kejadian itu. Nasib baik tidak kena sesiapa, kalau tidak mungkin guru-guru  risau. Saya berbual dengan rakanku, Nawal tentang kejadian itu.

"Nawal, awak nampak tak kejadian tadi?" tanya saya kepada Nawal.
"Nampak sikit je. Nasib baik tak kena orang," kata Nawal kepada saya.
"Kalau tak, mungkin meragut nyawa orang," balas saya kepada Nawal.
"Betul tu, Salsabila. Cuaca macam nak hujan je," kata Nawal kepada saya.
"Marilah kita makan dan cari Syahidah dan Najib" balas saya kepada Nawal.
"Okay!"balas Nawal pendek.