Wednesday 2 May 2012

Kejadian Di Sekolah

Saya dan rakanku, Nawal berada di sekolah. Pada masa itu kami baru sahaja selesai kelas kafa. Kami selesai kelas kafa pada pukul 4:00 petang. Kami keluar dari kelas dan mengambil beg kami di koridor. Kami menuju ke tiang yang depan sekali. Kami pun letakkan beg kami di tiang. Saya mengajak rakanku membeli makanan ringan. Kami membeli "double creakar" di luar kawasan sekolah. Semasa kami hendak masuk  ke dalam kawasan sekolah. Saya melihat ke arah sekolah, saya melihat budak sekolahku berjalan ke sini dan ke sana. Tiba-tiba saya nampak pelepah kelapa jatuh. Saya terkejut melihat kejadian itu. Nasib baik tidak kena sesiapa, kalau tidak mungkin guru-guru  risau. Saya berbual dengan rakanku, Nawal tentang kejadian itu.

"Nawal, awak nampak tak kejadian tadi?" tanya saya kepada Nawal.
"Nampak sikit je. Nasib baik tak kena orang," kata Nawal kepada saya.
"Kalau tak, mungkin meragut nyawa orang," balas saya kepada Nawal.
"Betul tu, Salsabila. Cuaca macam nak hujan je," kata Nawal kepada saya.
"Marilah kita makan dan cari Syahidah dan Najib" balas saya kepada Nawal.
"Okay!"balas Nawal pendek.

7 comments:

  1. Bagus tu Salsa, sentiasa alert tentang keselamatan di mana jua, termasuk di sekolah.

    ReplyDelete
  2. ending nya mcm tergantung je :D

    ReplyDelete
  3. Makan nanti jangan lupa baca Bismillah dan doa makan, Salsa.
    Cerita yang ada pengajaran.
    Sangat bagus Salsa!àà

    ReplyDelete
  4. Saya hargai segala komen anda semua.

    ReplyDelete
  5. hahaha...lucunye
    kawan salsabila, nawal

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Salsa sangat prihatin. Salsa boleh juga menceritakan kejadian ini kepada guru, supaya guru dapat mengingatkan tukang kebun agar sentiasa 'prihatin' pada pelepah kelapa tua.

    ReplyDelete
  7. Agaknya tentu bapa Salsa seorang yang sentiasa mengambil berat tentang keselamatan...

    ReplyDelete