Saturday 7 September 2013

Pasar Pagi

 Assalammualaikum. Ila nak cerita sedikit kejadian di pasar pagi semasa Ila pergi dengan mak dan ayah Ila. Sebenarnya Ila ikut mak dan ayah Ila pergi pasar pagi sebab nak beli dompet baru.
Hal ini kerana, selepas UPSR Ila akan pergi lawatan dan Ila mempunyai dompet yang cantik isi dalamnya. Tetapi gambar kat luar dompet itu Angry Bird dan Ila rasa itu agak kebudak-budakan. Banyak pula Ila tulis ini. Okey, Ila akan ceritakan kejadian tersebut.

  Semasa berjalan, Ila terserempak dengan rakan sekelas Ila di pasar pagi. Secara tak sengaja, Ila terpanggil namanya. Faris terdengar dan menoleh kearah Ila. Lepas itu, Ila teruskan berjalan. Ila melihat dompet dan rambang mata untuk memilih. Ayah Ila menyarankan Ila beli beg untuk memudahkan Ila untuk meletakkan buku nota dan membawa semasa lawatan. 

  Seterusnya, Ila terjumpa dengan guru kelas Ila, Cikgu Wan Rosmaliza atau Cikgu Wan serta anaknya, Farah merupakan rakan sekelas Ila. Ila bersalam dengan Cikgu Wan. Cikgu Wan mengajar Ila dan rakan-rakan sekelas Bahasa Melayu dan Kajian Tempatan. Cikgu Wan ada berkata sesuatu. Kebetulan tempat Ila nak tengok beg itu berhampiran tempat Cikgu Wan dan Farah berada. Mereka berdua sedang memilih tudung.

  Ila bersama mak dan ayah Ila berjalan. Kami terjumpa satu kedai. Ila memilih beg untuk dibeli. Selesai membeli beg, mak Ila pergi membeli nasi bungkus dan laksa untuk adik-adik Ila serta nenek Ila. Ila dan ayah Ila pergi melihat pokok-pokok bunga, buah dan lain-lain lagi yang dipamerkan. Sekian lamanya, Ila dan ayah Ila pergi mencari mak Ila. Tiba-tiba, Ila ternampak rakan sekelas Ila, Mujahid dari jauh. Ila rasa mungkin Mujahid nampak Ila sebab Ila ada nampak dia berpaling ke arah Ila. 

  Lepas selesai membeli dipasar,  Ila bersama mak dan ayah Ila pergi ke tempat lain. Akhirnya, kami bertiga pulang ke rumah. Ila sebenarnya malas nak tulis panjang-panjang. Sampai sini sajalah Ila tulis. Assalammualaikum.

3 comments: