Tuesday 29 May 2012

Happy Birthday To Me

  Yeah!!!!! Tomorrow is my birthday. I will eleven tomorrow. My birthday is 30 Mei. I so happy. I always remenber my family birthday.

Ramli : 18 March
Rohaya : 26 Jun
Me : 30 Mei
Nur Syahidah Afifah : 27 January
Ahmad Talhah : 19 Oktober




Monday 28 May 2012

Budak-Budak

  Tahukah anda budak-budak mudah kecil hati, ada yang tidak. Jika anda marah atau menkecilkan hati mereka, mereka akan menjadi lebih  nakal dan mahu memburukkan nama baik anda serta tidak mahu dengar nasiahat orang lain. Ada budak macam ini, ada yang tidak!

   Zaman budak-budak dahulu dan sekarang tak sama! Apabila mereka marah atau kecil hati mereka akan menangis atau teriak atau sepah barang atau pecahkan barang atau memperburukkan nama baik anda . Tapi ada budak mahu mati daripada dikecilkan hati oleh orang disekelilingnya!

  Jika anda tidak mahu anak anda begini janganlah marah atau mendera anak anda! Anda juga kena menurut kemahuan mereka, ambil berat, tidak mendera dan memberikan kasih sayang yang cukup kepada mereka! Saya pun budak, mestilah semua di atas ini pun saya rasakan! Ingat jangan buta anak anda kecil hati!

Gee

Girls` Generation. Saya harap anda terhibur ye. :) :) :)

Sunday 27 May 2012

Soalan Minggu Ini 2

1. Manakah yang lebih penting bagi kamu?
   A. Anak kamu
   B. Bola
   C. Facebook
   D. Diri sendiri
   E. Harta kekayaan
2. Jika kamu menjadi tumbuhan, tumbuhan apa kamu akan pilih?
   A. Pokok epal
   B. Bunga mawar
   C. Pokok kaktus
   D. Bunga matahari
   E. Pokok herba
3. Jika kamu menjadi haiwan, haiwan apakah kamu pilih?
   A. Arnab
   B. Burung
   C. Tikus
   D. Monyet
   E. Ikan

Munkin anda minat dengan soalan yang lain:

Kelasku Dan Rakan Sekelasku

Kelasku,
Walaupun bising dengan suara rakan sekelasku,
Namun kami tetap gembira dan ceria,
Apabila cikgu lalu kami pun diam seribu bahasa,
Apabila cikgu sudah beredar,
Kami pun membuat bising semula,
Walau ditegur dan dinasihat,
Namun kami tak layan sedikit pun,
Kami juga nakal dan degil.

Rakan sekelasku,
Selalu bergaduh atau bertengkar,
Ada yang membuli dan berlagak,
Bermain dan melanggar orang dengan sengaja,
Ada yang marah,
Ada yang tersenyum,
Ada juga yang menangis,
Namun kami juga terhibur perangai yang lain,
Kami juga ketawa dengan perangai yang lain.

Kelasku dan rakan sekelasku,
Kamu menghiburkan kami,
Selalu menolong dan membantu yang lain,
Mengajar dan tunjuk ajar dalam mata pelajaran,
Saya berharap kami selalu bergembira,
Apabila kelas kotor kami bersihkan dengan betul,
Yang perempuan lebih baik keputusan periksa dari lelaki,
Yang lelaki kadang-kadang mendapat keputusan yang baik,
Namun impian kami sama iaitu ingin berjaya di dunia dan di akhirat.

Saturday 19 May 2012

Lagu Untuk Mehiburkan Anda

Aal  Izz  Well

Zoobi  Doobi
Harap anda terhibur mendengar lagu ini.

Thursday 17 May 2012

Blog

 Adik-adik saya ada blog. Kawan saya pun. Saya nak bagi alamatnya. Jika awak baca blog ini tolong berikan alamat blog awak kerana nanti saya akan melawat blog awak.

Adik:
hadihasyrun.blogspot.com (Nur Syahidah Afifah / adik pertama saya)
talhahramli.blogspot.com (Ahmad Talhah / adik bongsu saya)

Kawan:
shierucandy.blogspot.com (Nik Nur Nawal Azalea / kawan sekelas saya)

Wednesday 16 May 2012

Pesanan
















  Saya telah meminjam sebuah buku novel bertajuk "Dania vs Erina" seperti gambar di atas ini. Pada muka surat yang akhir saya terbaca satu pesanan seorang kawan Nabi Muhammad kepada anaknya. Ia bermula begini.


Pesanan

Pesanan al-Qamah [ seorang sahabat Rasulullah SAW] kepada anaknya, " Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut,"

1. Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan [ menyebutnya].

3. Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengatahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4. Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberikan, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5. Pilihlah seorang sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan  sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Tuesday 15 May 2012

la Coda d`oro primo passo & la Corda d`oro secondo passo

  Anda yang ada astro di rumah pasti banyak siaran. Dulu saya ada, sekarang saya tak ada astro. Anda pernah melihat la Corda d`oro primo passo. Cerita ini ada disiarkan astro 715, animax.
  Sekarang musim baru dah dan sekarang musim ke dua iaitu la Corda d`oro  secondo passo. Saya tak pernah tengok musim yang kedua. Macam mana saya tahu walaupun tak pernah tengok? Dari youtube lah.




Monday 14 May 2012

Soalan Minggu Ini

1. Siapakah sepupu yang paling rapat dengan anda?
 2. Jika kamu sakit hati, apa yang kamu akan buat?
 3. Apakah makanan kegemaran kamu?
 4. Apakah minuman kegemaran kamu?

Mungkin anda minat dengan soalan lain:

Friday 11 May 2012

Ameba Pico World


















  Sekarang ramai budak buat Facebook. Permainan paling terkenal dalam Face book ialah Ameba Pico World. Gambar di atas adalah games Ameba Pico World.

Sajak Untuk Guru

Guru,
Mengorbankan masa untuk kami,
Tak kira masa dan waktu,
Menhabiskan duit untuk sekolah.

Guru,
Bersabar dengan karenah anak muridmu,
Menegur dan menasihatkan kesilapan kami,
Memastikan kami ceria dan seronok di sekolah.                      

Guru,
Terima kasih atas pengorbananmu,
Maafkan kami jika kami salah denganmu,
Selamat Hari Guru, cikgu.

Sajak Untuk Ibu

Ibu,
Engkau menjaga kami dengan kasih sayang,
Rela berkorban untuk kami,
Tak kira masa engkau menjaga kami.              

Ibu,
Bersabar dengan perangai kami,
Mehiburkan kami bila kami sedih dan duka,
Menjaga makan minum kami dengan betul.

Ibu,
Maafkan kami jika kami salah,
Engkau ratu hatiku untuk selamanya,
Terima kasih ibu,                                                                              
Selamat Hari Ibu.

What Makes You Beautiful

One Direction song.

Mungkin anda minat lagu di bawah ini:

Thursday 10 May 2012

Kara Kya Maoh

  Cerita gegemaran saya dan ayah saya (cikli).


Happy Pyjama Party

Super Junior and Kara in this video.

Mungkin anda minat lagu di bawah ini:

Petang Tadi Bahagian 2 [Kemarin]

  Saya, Aisha dan Nawal berbual-bual. Aisha berasa hendak bermain. Kami keluar dari rumah Aisha dan saya melihat ke arah depan rumah Aisha. Rasyidah tak ada di situ dan juga kawan Najya.
  Kami pergi ke rumah Rasyidah tapi Rasyidah tiada di rumah. Kami pun patah balikke rumah Aisha. Kami melihat Rasyidah dan kawan Najya. Kami berlari ke arah mereka. Semasa berlari menuju ke arah mereka Aisha kata " kami peminat setia Rasyidah".
  Nawal pun ikut sama tapi saya diam sahaja. Kami bermain sepuasnya. Selesai bermain kami pun terus pulang ke rumah masing-masing. Seronok betul kami bermain.

Wednesday 9 May 2012

Petang Tadi Bahagian 1

  Pada waktu petang tadi, lebih kurang pukul 6:04 petang rakanku, Rasyidah memberi salam dan ajak saya pergi ke rumah Aisha. Rasyidah menunggang basikal manakla sya pula jalan kaki. Apabila sampai di sana, saya melihat kawan Najya iaitu Jaja dan Aina. Saya melihat ke rumah Aisha, saya melihat Aisha dan Nawal buat kerja sekolah Kemahiran Hidup.
  Saya memberi salam kepada Aisha dan Nawal. Mereka menjawab salam saya. Kami berbual-bual pasal Hari Guru. Pada hari Rabu nanti kami akan sambut Hari Guru. Saya melihat Rasyidah bermain dengan Najya dan rakan-rakannya.

Nak tahu kesambungannya, tunggulah ye.

Tuesday 8 May 2012

Soalan Untuk Semua

1. Kamu telah pergi sebuah kedai makan. Kamu ingin memesan makanan, makanan apa yang kamu pesan?
 2. Sipakah nama bapa saudara gegemaran kamu?
3. Siapakah nama emak saudara gegemaran kamu?

 Sekian terima kasih. Hendak soalan lagi. Anda boleh pilih di bawah ini:

Monday 7 May 2012

My Friend At The School

I have many friend. My best friend are Rasyidah & Nik Nur Nawal Azalea. My friend name are Roslinda, Husnina, Hasanah, Durratul, Auni, Alyssa and there are more. In my class there are 43 people. There are 17 boys and 26 girls. The boys are Azli, Hafiy, Amir, Afwnudin, Irfan, Zikri, Faris, Hakimi, Najwan, Nazmi, Zul Fakar, Hafizirudin, Mursyid, Syawal, Airie, Hasif & Faisal. There girls are Hanani, Amalia, Aiman Nasuha, Jasmina, Husnina, Maisarah, Najwa, Aleeya, Ummi, Fatin, Roslinda, Durratul, Iylia, Fatrah, Syazera, Syafiqah, Zarifah, Rasyidah & Salsabila(me). What is your friend name? ? You can go to my friend, Nawal blog! It is My Story. Good bye.

Thursday 3 May 2012

Soalan Untuk Pembaca Blog Ini

1. Jika kamu pergi sebuah kedai untuk membeli hadiah kepada kawan kamu sempena Hari Lahir kawan kamu. Hadiah apa yang kamu akan bagi kepada kawan kamu? Mengapa?

A. Baju Kurung / Baju Melayu
B. Sebuah Buku 
C. Jam Tangan
D.Kamera

2. Kamu dan rakan-rakan kamu merancang untuk melancong. Kamu diminta oleh kawan kamu untuk buat keputusan. Manakah kamu pilih? Mengapa?

A. Kota Kinabalu, Sabah
B. Kota Bharu, Kelantan
C. Ipoh, Perak
D. Kuantan, Pahang

3. Siapakah nama kawan baik kamu? Mengapa?


Sekian terima kasih.

Wednesday 2 May 2012

Kejadian Di Sekolah

Saya dan rakanku, Nawal berada di sekolah. Pada masa itu kami baru sahaja selesai kelas kafa. Kami selesai kelas kafa pada pukul 4:00 petang. Kami keluar dari kelas dan mengambil beg kami di koridor. Kami menuju ke tiang yang depan sekali. Kami pun letakkan beg kami di tiang. Saya mengajak rakanku membeli makanan ringan. Kami membeli "double creakar" di luar kawasan sekolah. Semasa kami hendak masuk  ke dalam kawasan sekolah. Saya melihat ke arah sekolah, saya melihat budak sekolahku berjalan ke sini dan ke sana. Tiba-tiba saya nampak pelepah kelapa jatuh. Saya terkejut melihat kejadian itu. Nasib baik tidak kena sesiapa, kalau tidak mungkin guru-guru  risau. Saya berbual dengan rakanku, Nawal tentang kejadian itu.

"Nawal, awak nampak tak kejadian tadi?" tanya saya kepada Nawal.
"Nampak sikit je. Nasib baik tak kena orang," kata Nawal kepada saya.
"Kalau tak, mungkin meragut nyawa orang," balas saya kepada Nawal.
"Betul tu, Salsabila. Cuaca macam nak hujan je," kata Nawal kepada saya.
"Marilah kita makan dan cari Syahidah dan Najib" balas saya kepada Nawal.
"Okay!"balas Nawal pendek.